Sumber Foto : Getty Images

BOGOTA – Ratusan badak air milik ketua kartel dadah Colombia, Pablo Escobar dikenakan hukuman mati oleh mahkamah setelah dikenalpasti sebagai satu ancaman kepada hidupan liar dan alam sekitar.

The Sun United Kingdom melaporkan, badak-badak itu terlepas dari kurungan selepas Escobar ditembak mati oleh polis pada tahun 1993.

Sejak kejadian itu, pihak berkuasa telah berhempas pulas mengekang pembiakan badak-badak air tersebut namun data terkini mendapati habitat haiwan itu telah mencecah 200 ekor.

Keadaan itu  mencetuskan kebimbangan kerana ia berpotensi untuk membiak sehingga lebih 1,000 ekor jika tidak dibunuh.

Jumlah besar itu bukan sahaja akan membawa kepada kerosakan landskap tempatan dan mengancam ekosistem hidupan liar lain.

Susulan itu, seorang Hakim Mahkamah Pentadbiran Cundinamarca memerintahkan  kementerian alam sekitar untuk membunuh kesemua badak air itu dalam masa tiga bulan.

Pada Jumaat lepas, hakim yang sama telah memberikan amaran bahawa usaha untuk mengurangkan populasi haiwan itu sebelum ini telah gagal.

Bilangan badak air yang terlalu banyak boleh membahayakan nyawa masyarakat setempat.

Sebelum ini, ada laporan serangan ke atas nelayan di Sungai Magdalena dan pakar juga mendapati pembiakan berlebihan badak air ini boleh mengancam populasi lembu laut. – Agensi

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here