BEIJING – Krisis demografi yang semakin jelas dan populasi yang semakin menua telah mendorong China untuk menaikkan umur persaraan secara berperingkat.
Maklumat itu telah dilaporkan media tempatan negara itu, Xinhua, pada Jumaat lepas.
BEIJING – China menaikkan umur persaraan wajib bagi pekerja lelaki kepada 63 tahun, berbanding 60 tahun sebelum ini.
Umur persaraan pekerja wanita pula dilanjutkan daripada 50 hingga 55 tahun kepada 55 hingga 58 tahun, bergantung kepada jenis pekerjaan.
Sumber Beijing berkata, peningkatan umur persaraan itu ekoran krisis demografi dan populasi menua semakin bertambah.
Media tempatan juga melaporkan, umur persaraan negara itu akan dinaikkan secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun hingga 20 tahun bermula tahun 2025.
“Bermula tahun 2030, tempoh minimum sumbangan pencen asas yang diperlukan untuk pekerja menerima manfaat bulanan akan dinaikkan secara berperingkat dengan kadar kenaikan enam bulan setiap tahun,” lapor Xinhua
Peraturan baharu itu turut membenarkan rakyat China untuk menangguhkan tarikh bersara jika mereka mencapai persetujuan dengan pihak majikan. – AFP