KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang disyaki merogol dan menyamun wanita warga emas di Cyberjaya ditahan polis di Cyberjaya, hari ini
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden tersebut daripada mangsa pada jam 12.18 tengah malam tadi.
Katanya, siasatan mendapati dalam wanita berusia 71 tahun itu mendakwa dia dirogol dan disamun oleh suspek di sebuah kondominium di Cyberjaya.
“Bertindak atas laporan polis mangsa, sekitar jam 12.20 tengah hari Jumaat, pasukan polis dari IPD Sepang berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki asing di Cyberjaya.
“Suspek didapati berasal dari Asia dan berusia dalam lingkungan 25 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah beliau, pemeriksaan lanjut ke atas suspek membawa kepada rampasan barang kes antaranya telefon bimbit milik pengadu.
Katanya, siasatan mendapati suspek bekerja di sebuah kedai makan di Cyberjaya dan dipercayai melakukan jenayah itu di tangga berhampiran lif kondominium terbabit.
“Mangsa tinggal bersama keluarganya iaitu anak lelaki dia di kondominium terbabit dan semasa kejadian warga emas itu sedang menunggu lif selepas dipercayai kembali dari kedai seorang diri sebelum dibawa oleh suspek ke tangga berhampiran lif perumahan terbabit dan dirogol serta disamun suspek.
“Suspek akan dibawah ke Mahkamag Majistret Sepang pada pagi Sabtu (esok) untuk direman bagi meneruskan siasatan kes ini.
Katanya, suspek disiasat di Bawah Seksyen 376/ 392 Kanun Keseksaan iaitu jenayah rogol dan samun yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah kenakan hukuman sebat manakala untuk kesalahan samun boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebatan. – MalaysiaGazette