Warga kerja BSN menyertai acara Keretapi Sarong 2024

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) menyertai acara keretapi sarong 2024 bertemakan “Bangga Malaysia” sempena sambutan ulang tahun ke-50 BSN dan Hari Malaysia, semalam.

Sebagai rakan kolaborasi acara keretapi sarong 2024, BSN mengambil bahagian dalam program “station take over” dan memeriahkan suasana di stesen LRT Gombak dengan kehadiran 30 warga kerjanya yang dikenali sebagai skuad sarong.

Skuad Sarong ini disertai selebriti jemputan, Hael Husaini serta persembahan kumpulan buskers, pasukan kompang, dikir barat, silat dan pelbagai aktiviti menarik termasuk kuiz dengan hadiah-hadiah eksklusif.

Penyertaan BSN ini juga merupakan penghargaan 50 tahun khidmat BSN kepada komuniti di seluruh negara.

Menariknya dalam acara ini, BSN mempersembahkan evolusi pakaian seragam dari tahun 1980-an hingga kini.

Evolusi pakaian seragam itu menonjolkan sejarah dan warisan BSN yang dibawa selama lima dekad.

Pakaian seragam BSN mengetengahkan motif Bunga Raya yang merupakan bunga kebangsaan Malaysia. – Malaysia Gazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here