Presiden UMNO, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail hadir pada perjumpaan tertutup Ketua UMNO Bahagian ketika di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 04 FEBRUARI 2024.

KUANTAN – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang disifatkan tidak ikhlas kerana mahu menjalin semula kerjasama antara parti itu dengan UMNO.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mendakwa , kenyataannya itu dibuat hanya demi kepentingan parti Pas.

“Jika Abdul Hadi ikhlas, kenapa hendak ketepikan Presiden kami. Adakah Abdul Hadi cuba memecahbelahkan UMNO yang semakin hari semakin kukuh.

“UMNO ada ketuanya yang memimpin dan jika Pas berhasrat untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama, seharusnya perlu berbincang dan berunding dengan Presiden kami,” kata Wan Rosdy dalam kenyataan hari ini.

Tegasnya, UMNO sentiasa meletakkan institusi Presiden yang mengetuai parti untuk menentukan arah tuju parti.

Selain itu, beliau berkata, UMNO sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Pas.

“Cuma kalau Pas benar-benar hendak kembali untuk bekerjasama, kita boleh berunding tetapi dengan syarat tidak melibatkan Tan Sri Abdul Hadi.

“Pas jangan masa terdesak sahaja hendak mencari UMNO, hakikatnya sewaktu Muafakat Nasional (MN) berlangsung, Pas tidak ikhlas pun untuk bersama UMNO,”tambahnya lagi.

Justeru, katanya sebagai Naib Presiden UMNO, beliau tidak berminat untuk membuat sebarang perundingan yang membelakangkan Presiden parti serta melaga-lagakan ahli-ahli UMNO.

Semalam, Abdul Hadi mengulangi kenyataan kesediaan Pas  menjalinkan semula kerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional (MN) dengan syarat tanpa Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata, langkah itu diambil sebagai usaha untuk menyatukan orang Melayu Islam dan bumiputera.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Pas masih mahu bekerjasama dengan UMNO dalam MN, tapi tanpa Zahid

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here