Presiden MIC, Tan Sri Vigneswaran menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Tahunan MIC ke-78 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 15 SEPTEMBER 2024.

SHAH ALAM – Isu pensijilan halal terus dipolemikkan sehingga mengundang kebimbangan kaum lain yang berharap kerajaan tidak akan menyekat pengunaan imej berunsurkan agama mereka.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, jika penggunaan imej berunsurkan agama kaum lain yang sering digunakan oleh pengusaha restoran bukan Islam disekat maka ia akan memberi kesan domino kepada asas perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.

“Saya memohon supaya Datuk Seri Ahmad Zahid selaku Pengerusi Majlis Halal Malaysia (MHC) agar mengambil pertimbangan kepada persepsi MIC dalam hal ini,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-78, di sini, hari ini.

Menurut Vigneswaran, persoalan timbul bagaimana kehadiran gambar dewa melanggar peraturan atau panduan halal yang berkaitan dengan penyediaan dan penyajian makanan.

“Misalannya bila rakan dari kaum lain saya menerima jemputan saya untuk menghadiri rumah terbuka untuk Deepavali. Di rumah saya tiada masakan yang mangandungi barang tak halal. Kami hanya menghidang vegetarian food dan ayam dan kambing halal.

“Apakah akan jadi jika sekatan dikenakan rumah saya tidak boleh dikunjungi oleh orang Islam kerana walaupun makanan ‘halal’ namun ada imej Hindu dalam rumah,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here