Syed Hussein beramah mesra dengan pasangan pengantin dalam majlis perkahwinan lapan pasangan di Dewan Sharifah Azizah, Taman Ilham, Kluang, hari ini.

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah akan meneruskan majlis perkahwinan beramai-ramai bagi membantu golongan kurang berkemampuan sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota.

Katanya, majlis perkahwinan beramai-ramai contohnya pada hari ini yang menampilkan tujuh pasangan pengantin terdiri daripada golongan itu menjadi titik permulaan untuk perancangan majlis seumpamanya pada masa depan.

“Saya sangat bersetuju, majlis seumpama ini diadakan bagi meringankan beban kos majlis perkahwinan untuk anak muda ketika segala perbelanjaan meningkat.

“Sudah tentu saya mahu terus membantu golongan kurang berkemampuan dan B40 dengan program seumpama ini.

“Bagaimanapun ia memerlukan perancangan teliti agar majlis berjalan lancar dan mencapai tujuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis perkahwinan lapan pasangan di Dewan Sharifah Azizah, Taman Ilham, di sini, hari ini.

Meskipun sibuk berkempen, Syed Hussien sempat meluangkan masa ke majlis tersebut dan bersalaman dengan pengantin serta tetamu yang hadir.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos, semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon PH, PN dan Warisan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here