Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira

KUALA LUMPUR- Kematian Dr Tay Tien Yaa, seorang pakar patologi dari Hospital Lahad Datu, Sabah disifatkan satu kehilangan tragis.

Presiden Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr Kalwinder Singh Khaira berkata, insiden yang menimpa doktor malang itu menunjukkan kebimbangan serius mengenai isu kesihatan mental dan kesejahteraan dalam sistem kesihatan awam.

“MMA menggesa Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri untuk mempercepatkan siasatan namun ia tetap perlu dijalankan secara teliti.

“Komuniti perubatan memantau rapat situasi ini dan kami menghargai maklum balas yang pantas dan telus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, MMA komited untuk meningkatkan kesihatan mental, kebajikan serta persekitaran kerja yang baik dan selamat kepada semua petugas kesihatan.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihati petugas kesihatan yang berdepan masalah untuk menghubungi MMA melalui platform Helpdoc menerusi emel [email protected].

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan sekerja beliau dalam tempoh yang sukar ini.

“Kami juga dengan hormat meminta orang awam untuk tidak membuat spekulasi dan memberikan ruang untuk melakukan proses yang sewajarnya,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here