Onn Hafiz ketika berucap merasmikan dalam Pesta Tanglung di Tokong Che Luan Khor, Kluang, malam tadi.

KLUANG – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota penting untuk terus mengukuh kestabilan dan pertumbuhan ekonomi di Johor.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, PRK DUN Mahkota dilihat penting dalam memastikan hala tuju negeri ini untuk terus bergerak ke hadapan.

Menteri Besar Johor itu berkata, kerajaan negeri mempunyai pelbagai perancangan dalam memastikan Johor mejadi negeri maju menjekang tahun 2030.

We’re making progress. Ada hasilnya. Selain itu daripada segi Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan eksport Johor adalah tertinggi dalam negara.

“Tidak lama lagi ada berita baik untuk ekonomi Johor yang akan terus meningkat pada akhir tahun ini iaitu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

“Jumaat ini pula Inisiatif Zon Kewangan Khas akan dilancarkan (di Forest City, Iskandar Puteri). Ini usaha penting yang dibuat untuk negeri ini dan kita tidak lupakan Kluang sebagai hab ekonomi penting untuk Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pesta Tanglung di Tokong Che Luan Khor di sini malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Badan Perhubunan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi.

Onn Hafiz kemudian menyeru semua pihak supaya bersama-sama dalam satu pasukan untuk menjayakan semua agenda yang dirancangkan untuk negeri ini.

“Saya rayu, tolong bantu saya, seorang wakil rakyat baru (calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah dalam PRK DUN Mahkota) yang boleh bekerja, bantu masyarakat dan bantu bangunkan Kluang bersama saya dan YB Wong (Shu Qi) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin,” ujarnya.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu semasa menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Syed Hussien akan bertemu dengan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Pada pilihan raya negeri 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti 5,166 undi dalam persaingan empat penjuru, melibatkan calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here