Logo Jabatan penjara Malaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan seorang banduan reman yang meloloskan diri dari di Hospital Sungai Buloh, semalam.

Mengesahakan kejadian tersebut, Jabatatan Penjara berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.30 petang, ketika banduan berkenaan sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan, Hospital Sungai Buloh.

Susulan itu, Jabatan Penjara telah menubuhkan pasukan pencarian dengan kerjasama
Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan banduan reman
tersebut.

Sehingga kini usaha pencarian sedang dipergiatkan dan diperluaskan ke kawasan-kawasan lain.

Lembaga Siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian tersebut
tersebut.

“Sekiranya didapati terdapat unsur kecuaian atau kelemahan prosedur semasa melaksanakan tugas, Jabatan Penjara tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Penjara Malaysia memohon kerjasama daripada orang awam sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai individu yang mencurigakan, untuk segera menghubungi Penjara Sungai Buloh melalui talian 03-61843333 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh di talian 03-61561222.

“Jabatan Penjara Malaysia memohon maaf di atas segala kesulitan,” ujarnya.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here