Alif Teega Didakwa #MGFlash

Pempengaruh Alif Teega tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan ditemani isterinya, Aisyah Hijanah pada jam 9 pagi tadi.

Alif atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd Hazani, 30 tahun, akan berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan iaitu menyalahgunakan dana awam.

Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here