Pempengaruh popular Alif Teega yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM63,605 bagi tujuan infaq pada April dan Jun lalu mengaku tidak bersalah.
Alif Teega atau nama sebenarnya, Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30 tahun membuat pengakuan itu selepas ia dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan wang RM36,047.35 bagi tujuan Infaq Iftar di Mekah, Syria, Palestin.