Banjir: Kerajaan P.Pinang Tidak Isytihar Darurat #MGFlash

Kerajaan Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengisytiharkan darurat susulan banjir di beberapa kawasan di negeri itu kerana situasi dilihat semakin reda.

Ketua menterinya Chow Kon Yeow berkata, tiada keperluan untuk membuat keputusan demikian meskipun terdapat beberapa kawasan di Seberang Perai dan bahagian pulau yang mengalami ribut.

Setakat jam 8 pagi tadi terdapat 556 mangsa ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here