Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kedah akan menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI), RM1,000 yang disalurkan Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan memaklumkan, penyalurannya akan dibuat melalui Pejabat Pembangunan Negeri Kedah.