UMNO Kedah melahirkan rasa simpati dan turut berduka dengan bencana banjir dan ribut yang sedang melanda negeri itu.
Menerusi kenyataannya, Ketua Penerangan UMNO Negeri yang juga Jurucakap Khas Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Shaiful Hazizi Zainol Abidin berkata, pihaknya menyambut baik tindakan pantas kerajaan pusat menyalurkan bantuan awal sebanyak RM1,000 kepada semua mangsa banjir dan bencana.