Kereta Terbakar Selepas Langgar Bongkah Batu #MGFlash

Sebuah kereta musnah terbakar 100 peratus selepas melanggar bongkah batu di tengah jalan.

Kejadian itu berlaku di Jalan Mambau, Seremban 2, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Ahmad Khomeini Kamarudzaman berkata, mangsa seorang wanita berusia 31 tahun mengalami cedera ringan.

Beliau memberitahu kemalangan berlaku apabila bongkah konkrit besar terjatuh dari sebuah lori treler di selekoh jalan raya.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here