Seorang penganggur, 47 tahun ditahan polis selepas didapati terlibat dalam kes curi komponen lori.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Chong Boo Kim berkata, suspek ditangkap dalam operasi khas di Simpang Ampat, Seberang Perai, Pulau Pinang, pada Rabu.
Katanya, polis turut merampas sebuah van yang dicuri di Bukit Tengah.