Poster yang dimuat naik di laman sosial Expo Kelantan Event

KUALA LUMPUR- Pertandingan lumba kura-kura yang dijadualkan berlangsung di tapak Expo Tasek Raja, Pasir Mas, Kelantan pada 30 September ini dibatalkan.

Perkara itu dimaklumkan penganjur perlumbaan tersebut, Expo Kelantan Event menerusi satu kenyataan di Facebook, hari ini.

“Kami selaku penganjur memohon maaf di atas kekhilafan berkenaan cadangan penganjuran lumba race kura kura di tapak Expo Tasek Raja .

“Cadangan penganjuran ini dibatalkan dan kami memohon maaf sekali lagi diatas kekhilafan dari pihak kami dan penganjur serta program ini tidak terlibat mana-mana agensi atau persatuan.

“Insya Allah pada tarikh tersebut kami gantikan kepada program 300 makanan percuma,” katanya.

Penganjuran pertandingan yang diberi nama ‘Lumba Race Kura-Kura’ itu mendapat kritikan banyak pihak yang menyifatkannya sebagai mentaliti ketinggalan zaman.

Ini kerana selain menganiaya haiwan, pertandingan lumba kura-kura dan sabung ayam adalah sebahagian aktiviti tidak bermoral rakyat pada zaman dahulu.

Berdasarkan poster pertandingan yang dimuat naik di media-media sosial, pertandingan tersebut menawarkan hadiah sebanyak RM100 hingga RM500 kepada pemenang.-MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here