Datuk Norshida Ibrahim (duduk tengah) sewaktu mengetuai jentera Wanita BN ketika turun berkempen di sekitar DUN Mahkota. - Foto: FB Norshida Ibrahim

KLUANG – Jentera Jalinan Rakyat (JR) Wanita Barisan Nasional (BN) terus bergerak dari rumah ke rumah dalam usaha kempen memenangkan calon parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Naib Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Norshida Ibrahim berkata, selain jentera Wanita BN, pendekatan bersemuka dengan seramai mungkin pengundi itu turut digerakkan oleh jentera parti-parti di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Wanita BN menerusi gerak kerja yang telah dilaksanakan sejak sekian lama menerusi Jalinan Rakyat (JR) tidak lekang bergerak dari rumah ke rumah bagi memastikan calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah mendapat kepercayaan masyarakat setempat sekali gus diangkat sebagai ‘Yang Berkhidmat’, Sabtu depan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Datuk Norshida Ibrahim (kanan) sewaktu mengetuai jentera Wanita BN ketika turun berkempen di sekitar DUN Mahkota. – Foto: FB Norshida Ibrahim

Sementara itu, Norshida berkata, selain kempen secara bersemuka, jentera Wanita BN juga tidak ketinggalan dalam gerak kerja kempen menerusi media sosial.

Jelas beliau, kempen menerusi media sosial itu digerakkan sebaiknya bukan hanya untuk memperkenalkan calon BN, malah untuk menjelaskan kepada pengundi mengapa penting untuk mereka membuat pilihan tepat pada PRK DUN Mahkota.

“Sebab itulah walaupun kempen rumah ke rumah cukup penting, namun gerak kerja menerusi media sosial juga amat mustahak dalam usaha memberi nilai tambah kepada gerak kerja BN sepanjang kempen berlangsung,” katanya.

Tambah beliau, Wanita BN akan terus bergerak sebaik-baiknya menerusi kerjasama jentera pelbagai peringkat demi memastikan calon parti itu, Syed Hussein mendapat mandat daripada pengundi DUN Mahkota pada 28 September ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast