Wanita SPRM
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor telah menahan suspek utama dipercayai bersekongkol dengan sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’.

Menurut sumber, sebelum ini, suspek telah ditahan oleh SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lalu dan direman pada Khamis sehingga 23 September 2024 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Seremban.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ini dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi KLIA1 dan KLIA2.

“Suspek dibawa ke Pejabat SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes yang turut disiasat oleh SPRM Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Beliau memberitahu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk tujuan permohonan reman. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here