Sindiket ‘gadis kalung bunga’ berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi dua serbuan perniagaan di Bandar Manjalara Kepong dan Bukit Bintang, di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Sindiket ‘gadis kalung bunga’ berjaya dipatahkan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menerusi dua serbuan perniagaan di Bandar Manjalara Kepong dan Bukit Bintang, di sini semalam.

Operasi yang bermula jam 9 malam itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha bersma Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Basri Othman.

“Hasil serbuan itu, seramai 93 warga asing membabitkan tujuh lelaki warga China, lima lelaki Bangladesh, dua lelaki Myanmar dan seorang lelaki Thailand.

“Turut ditahan 62 wanita Thailand, 10 Vietnam dan masing-masing seorang wanita warga Mongolia serta Laos yang kesemuanya tahanan berusia 18 hingga 39 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi yang bermula jam 9 malam itu diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha bersma Pengarah Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Basri Othman.

Menurut beliau, modus operandi digunakan sindiket adalah menyediakan perempuan warga asing dengan kalungan bunga yang mempunyai harga berbeza.

“Pelanggan akan diberi pilihan untuk memilih kalungan bunga pada kadar harga bermula RM100 hingga RM1,000 bagi satu jam bergantung kepada jenis dan bentuk kalung bunga tersebut,” ujarnya.

Berikutan itu, kesemua warga asing terbabit ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1966 dan dibawa ke Ibu Pejabat JIM, Putrajaya untuk siasatan lanjut. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here