Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar bercakap pada media berkenaan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1446H/2024M di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 11 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan doktrin Global Ikhwan Holdings Sdn Bhd (GISBH) akan dibincangkan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) pada 24 sehingga 26 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, jawatankuasa itu akan dipengerusikan oleh bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot dengan dianggotai semua mufi negeri.

“Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan kerjasama penuh bagi membantu pihak PDRM dalam proses siasatan isu GISBH.

“Pada masa sama, JAKIM telah mengadakan pertemuan bersama Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) bagi menyelaras tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri-negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Na’im, pihaknya menyokong penuh tindakan penguatkuasaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husin dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ia susulan penahanan pemimpin dan semua ahli GISBH bagi mendakwa mereka ke muka pengadilan berpandukan undang-undang yang berkuatkuasa. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here