Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni mangsa banjir di Kedah Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM13 juta bagi bantuan pasca banjir di Kedah.

Katanya, peruntukan RM3 juta diberikan kepada daerah Kota Setar sahaja manakala baki RM10 juta lagi adalah untuk keseluruhan negeri Kedah.

Menurut Anwar, peruntukan itu adalah bagi memastikan semua kerosakan dan ganti rugi yang munasabah selepas banjir, dapat ditangani secepat mungkin mungkin dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Perdana Menteri menyantuni mangsa banjir di Kedah
Foto FB Anwar Ibrahim

“Kerajaan juga meneruskan bantuan banjir menerusi peruntukan NADMA dan ICU masing-masing RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah (KIR) yang terkesan.

“Saya turut mengulangi arahan agar projek tebatan banjir yang sedang dijalankan di Kedah dipantau dengan teliti, supaya tidak berlaku sebarang kelewatan untuk mengurangkan impak banjir apabila projek tersebut siap nanti.

Perdana Menteri menyantuni mangsa banjir di Kedah
Foto FB Anwar Ibrahim

“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada semua yang terjejas juga memudahkan urusan jentera serta agensi terlibat dalam pengurusan banjir,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan sehari ke Kedah untuk menyantuni mangsa banjir di negeri itu sempat melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Stadium Sultan Abdul Halim, SMKA Kedah dan PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here