Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Foto FB Selangor Royal Office

KUALA LUMPUR- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa kerana isu berkaitan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) lambat ditangani sehingga menjadi begitu serius.

Titah baginda, ini menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang oleh agensi-agensi agama Islam terhadap rumah amal dan sekolah agama yang berkaitan GISBH dan rangkaiannya.

“Beta ingin memberi peringatan sekali lagi kepada semua pihak khususnya pihak berkuasa agama untuk memandang serius mengenai isu-isu yang berkaitan dengan tindak-tanduk kumpulan GISBH ini terutama apabila melibatkan kanak-kanak dan ajaran sesat yang disyaki diamalkan oleh mereka. titahnya menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Baginda turut menitahkan semua rumah amal dan sekolah Islam di bawah kawalan GISBH dan rangkaiannya di Selangor yang tidak berdaftar atau disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah termasuk jenayah ditutup segera.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengkaji, meneliti dan seterusnya memutuskan sama ada amalan GISBH menyeleweng daripada ajaran agama Islam atau tidak.

Baginda turut menyeru agar semua agensi penguatkuasaan agama dan pihak polis melakukan siasatan dengan telus dan sentiasa memelihara integriti dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here