Logo Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki direman enam hari bermula hari ini  susulan kes seorang pereka dalaman separuh masa mati ditikam di sebuah aparment, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, perintah reman sehingga 26 September ke atas tiga suspek berusia 50 hingga 61 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya.

“Kesemua suspek kini disiasat di bawah Seksyen 02 Kanun Keseksaan, dengan tertangkapnya mereka, polis percaya salah seorangnya adalah pelaku jenayah tersebut dan dapat menyelesaikan kes bunuh ini.

“Semakan juga mendapati kesemua suspek warga tempatan ini mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

“Bagaimanapun, kertas siasatan sedang dilengkapkan dengan segera sebelum dimajukan ke pejabat Timbalan Pendakwaraya Selangor bagi mendapatkan pandangan dan arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahrulnizam, pada 16 September lalu sekitar pukul 1 pagi, satu laporan telah diterima daripada orang awam yang bimbang akan keadaan jirannya.

Pengadu telah mendengar pergaduhan mangsa dengan seorang yang tidak dipastikan pada 15 September pukul 11 malam dan tidak nampak kelibat jirannya keluar dari rumah selepas kejadian itu.

“Berikutan itu, sepasukan polis telah pergi ke apartment pengadu bagi menjalankan siasatan awal dan hasil pemeriksaan menemukan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun meninggal dunia akibat ditikam.

“Bertindak atas maklumat dan risikan, sekitar 3 pagi tadi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Ibu Pejabat Kontinjen Selangor di sebuah rumah pangsapuri di Kuala Lumpur,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here