Antara pemimpin PKR yang hadir pada Himpunan Keadilan, Suara Rakyat, Suara Keramat Dari Reformasi ke Malaysia Madani ketika di Stadium Axiata Bukit Jalil. Foto MOHD ADZLAN, 20 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Cabaran terhadap kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan berkisar tentang jawatan semata-mata, sebaliknya ia berkaitan dengan kestabilan kerajaan.

Timbalan Pengarah Komunikasi PKR, Danish Hairudin berkata, sebagai pemimpin, Anwar memainkan peranan untuk menjaga kepercayaan rakyat dan memastikan agenda pentadbiran dilaksanakan tanpa gangguan.

“Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi perhatian kepada isu rakyat yang mendesak, seperti pemulihan ekonomi dan kebajikan sosial, dia juga perlu mempertimbangkan ancaman politik yang boleh menggugat kestabilan

“Konteks ini menegaskan cabaran kepada pembangkang adalah langkah strategik yang mungkin diperlukan untuk memfokuskan perhatian kepada tanggungjawab yang lebih besar. Langkah ini bagi memandulkan terus permainan persepsi pembangkang untuk menukar kerajaan secara tebuk atap dan pintu belakang,” katanya menerusi kenyataan.

Jelas beliau, selain menumpukan isu rakyat Perdana Menteri itu juga perlu menumpukan aspek politik dan keselamatan pemerintahan.

“Anwar perlu memainkan peranan sebagai pemimpin yang berani dan bijaksana, mengambil langkah proaktif untuk memastikan bahawa kerajaan dapat berfungsi dengan efektif demi kesejahteraan rakyat,” tambahnya.

Danish berkata demikian mengulas kenyataan calon Ketua Armada Bersatu, Muhammad Hilman Idham semalam yang meminta Anwar tidak bimbang kedudukannya tergugat sekiranya mempunyai sokongan majoriti yang mencukupi.

Ujar Hilman, Presiden PKR itu seharusnya memfokuskan isu pentadbiran berbanding melontarkan cabaran kepada Perikatan Nasional (PN) berkenaan undi tidak percaya.

Semasa berucap di Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ Jumaat lalu, Anwarberkata pembangkang perlu mengikut undang-undang dan bukan sewenang-wenangnya menggesa beliau untuk ‘turun’ daripada jawatannya.

Dalam pada itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar hanya akan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan melalui saluran demokrasi.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here