Seorang lelaki disyaki dalang utama dalam sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi 'Counter Setting' direman selama tujuh hari sehingga 28 Sept. Kredit: SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki disyaki dalang utama sindiket membawa masuk warga asing menerusi pintu masuk udara negara menggunakan modus operandi ‘Counter Setting’ direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 28 Sept.

Perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 40-an itu dikeluarkan Majistret Mohd Sabri Ismail selepas mendengar permohonan dibuat pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam pagi tadi.

Suspek dipercayai bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket membawa masuk warga asing yang tiba menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan KLIA2, mengikut sumber.

“Suspek sebelum ini telah ditahan oleh SPRM Negeri Sembilan pada Rabu lepas dan direman pada Khamis sehingga 23 September 2024 selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Seremban.

“Semalam suspek telah dibawa ke Pejabat SPRM Selangor bagi membantu siasatan kes yang turut disiasat oleh SPRM Selangor,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek berkenaan dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here