Logo Polis di Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 25 MAC 2021.

GEORGE TOWN – Gara-gara kencing di tempat tidur rakan, seorang gelandangan cedera dipukul dalam kejadian di Jalan Dr Lim Chwee Leong di sini, malam tadi.

Kejadian jam 11 malam itu menyebabkan mangsa berusia 51 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kaki.

MalaysiaGazette difahamkan, suspek berusia 57 tahun itu mencederakan mangsa menggunakan sebatang besi selepas tidak puas hati mangsa kencing di tempat tidurnya.

Razlam Ab Hamid

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan tangkapan tersebut.

“Suspek direman selama empat hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here