Seorang lelaki warga Indonesia melecur 80 peratus pada tubuh akibat kebakaran di Bandar Baru Selayang.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Indonesia melecur 80 peratus pada tubuhnya dalam kejadian  kebakaran di sebuah rumah di Bandar Baru Selayang, Selangor hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran itu melibatkan sebuah bilik di unit rumah di tingkat tiga di pangsapuri lima tingkat.

Menurutnya, bomba menerima laporan kejadian itu pada jam 11.32 pagi.

Kebakaran itu membabitkan sebuah bilik di rumah berkenaan yang terbakar 80 peratus.

Tambah beliau, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast