Razihan menerima sijil rekod MBOR oleh Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif di Pusat Rekreasi Air Balok hari ini.

KUANTAN – Seramai 13,253 peserta berjaya mengutip 16,357.46 kilogram sampah telah mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) di sini hari ini.

Program pembersihan sepanjang 70.960 kilometer (km) pesisir Pantai Chendor sehingga Pantai Ceruk Paloh membabitkan 17 lokasi pantai di daerah itu dianjurkan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sempena Longest Coastal Clean-Up sempena Sambutan World Clean Up Day 2024 di seluruh negara.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Razihan Adzharuddin berkata, program tersebut akan diteruskan pada masa akan datang bagi mewujudkan persekitaran pantau bersih, ceria dan selamat dikunjungi selain meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pemuliharaan perairan pantai.

”Melalui usaha ini, kita berharap masyarakat sedar tentang kesan negatif penggunaan plastik terhadap ekosistem marin, selari dengan inisiatif bebas plastik yang semakin dipeluaskan.

“Dengan adanya pantai bersih, kita dapat menarik lebih ramai pelancong dan mewujudkan peluang perniagaan serta pekerjaan untuk komuniti setempat,” katanya ketika ditemui media sejurus program berkenaan

Pada program berkenaan rekod tersebut diserahkan oleh Perunding Kanan (Rekod) MBOR, Siti Hajar Johor disaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri Inderapura, Datuk Seri Shafik Fauzan Sharif. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here