Kira-kira 300 penduduk Taman Pelangi Semenyih 2 meriahkan sambutan Hari Malaysia semalam.

SEMENYIH – Sambutan Hari Malaysia penduduk Taman Pelangi Semenyih 2 di sini semalam berlangsung meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat.

Pengerusi Penduduk Rafflesia S1 Taman Pelangi Semenyih 2, Mohd Faizazli Mohd Anuar berkata, program merupakan inisiatif penting bagi memupuk semangat perpaduan serta mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti.

Program itu dianjur oleh FX Francis Business Group dengan kerjasama pihak polis serta bomba.

“Dengan pelbagai latar belakang budaya, acara ini menjadi platform terbaik untuk penduduk mengenali antara satu sama lain sekali gus  menghargai kepelbagaian yang kita miliki.

Pakaian beragam antara aktiviti yang dianjurkan sempena sambutan Hari Malaysia.

“Sejajar dengan konsep perpaduan wajar untuk penduduk terus memperingati Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,” katanya hari ini.

Antara aktiviti berlangsung pada sambutan itu ialah pertandingan pakaian beragam, sukaneka, dan pameran komuniti yang melibatkan kira-kira 300 peserta. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here