Seorang guru berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing, Mersing, semalam.

MERSING – Seorang guru berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6, Jalan Nitar-Mersing di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 6.45.

“Kejadian berlaku semasa guru berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerja. Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah Honda City dalam perjalanan dari Endau menuju ke Kahang, Kluang terlanggar seekor gajah yang berada di laluannya.

“Pemandu kereta iaitu warga tempatan berusia 30 tahun tidak mengalami kecederaan serius,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sharif Sha berkata, keadaan gajah itu tidak dapat ditentukan keadaannya dan telah beredar dari tempat kejadian menuju ke ladang kelapa sawit berhampiran.

Kes tersebut disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan jangan panik apabila berhadapan dengan situasi seumpama itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast