Antara aksi penunggang motosikal ketika berlumba di Jalan Klebang Ria, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

IPOH – Seramai 69 pelajar termasuk seorang murid tahun enam antara 136 individu yang ditahan polis dalam Ops Bersepadu Samseng Jalanan di Jalan Jelapang, di Jalan Klebang Ria, di sini, pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut, 22 pelajar Tingkatan Lima yang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan ini antara yang ditahan dalam operasi itu.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, operasi itu dilakukan susulan polis menerima aduan dari penduduk setempat berhubung kegiatan lumba haram yang semakin berleluasa dan mengganggu ketenteraman awam di kawasan terbabit.

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan
Antara penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Klebang Ria, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

Menurutnya, lokasi tersebut merupakan hot spot dan menjadi litar tidak rasmi untuk mereka melakukan lumba haram dan turut menjadi tontonan orang awam.

“Operasi yang bermula jam 3 petang itu melibatkan 79 pegawai dan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak bersama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

“Pada operasi itu, seramai 130 lelaki dan enam perempuan berusia antara 12 hingga 45 tahun serta 69 daripada mereka merupakan pelajar sekolah.

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan
Antara penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Klebang Ria, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

“Polis turut menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang dipercayai melakukan lumba haram mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Manakala tangkapan lain melibatkan dua lelaki berusia 20-an yang didapati positif dadah jenis methamphetamine,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika ditemui di Balai Polis Kampung Tawas di sini, lewat malam tadi.

Turut serta dalam operasi berkenaan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Sahimi Husin.

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menunjukkan antara motosikal yang diperiksa ketika Operasi Bersepadu Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Klebang Ria, di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

Dalam perkembangan sama, Azizi memaklumkan, seorang anggota polis berpangkat koperal turut mengalami kecederaan selepas dilanggar motosikal yang diperiksa pada operasi tersebut.

“Semasa pemeriksaan itu ada seorang anggota yang mengalami kecederaan apabila dilanggar oleh motosikal yang sedang diperiksa. Pada ketika itu, anggota kita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan,“ ujarnya.

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan
Anggota polis memeriksa penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Klebang Ria, di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 101 motosikal ditahan dan 20 daripadanya disita atas pelbagai kesalahan pada operasi berkenaan.

Katanya, sebanyak 168 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dengan kesalahan tertinggi adalah menunggang motosikal tanpa lesen memandu.

“Selain itu, 11 notis kompaun dikeluarkan oleh JAS kerana gagal mematuhi had pelepasan maksimum bunyi bising yang dibenarkan,” jelasnya.

Ops Bersepadu Samseng Jalanan: 69 pelajar antara yang ditahan
Anggota polis memeriksa penunggang motosikal yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Op Samseng Jalanan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Jalan Klebang Ria, di Balai Polis Kampung Tawas, Ipoh.Foto ABDULLAH YUSOF, 22 SEPTEMBER 2024.

Sehubungan itu, Azizi turut menasihat mereka yang terbabit supaya berhenti melibatkan diri dalam kegiatan lumba haram yang menyalahi undang-undang jalan raya.

“Saya menasihati mereka supaya bertaubatlah, tidak lagi berlumba dan melakukan aksi-aksi yang menyalahi undang-undang.

“Mereka ini mempunyai perjalanan hidup yang masih panjang dan masih diperlukan negara kita sebagai satu aset sumber manusia kepada kita,“ ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here