Affin Bank

KUALA LUMPUR- Majlis pemeteraian perjanjian pengambilan alih majoriti pegangan Affin Bank Bhd. kepada kerajaan Sarawak akan diadakan Jumaat ini.

Affin Group dalam kenyataan hari ini memaklumkan, majlis menandatangani perjanjian jual beli itu akan diadakan jam 2.30 petang di Kuching, Sarawak.

Kerajaan negeri Sarawak bakal mengambil alih 15 peratus lagi pegangan dalam Affin Bank daripada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Setakat 29 Disember tahun lalu, Sarawak memiliki 4.79 peratus saham dalam bank berkenaan.

Untuk rekod, LTAT memiliki 29.7 peratus pegangan di dalam Affin Bank manakala anak syarikat milik penuhnya, Boustead Holdings memegang 20.65 peratus saham.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here