Norizan pitam seketika pada pengebumian jenazah anak bongsu dan sulungnya di Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu, Paya Rumput petang tadi.

MELAKA – Ibu yang kematian dua anak serentak selepas motosikal dinaiki mangsa merempuh tong sampah pukal roro di Krubong, dekat sini semalam pitam ketika pengebumian jenazah anak sulung dan bongsunya, petang tadi.

Norizan Ujak, 40, bagaimanapun kembali sedar apabila dikejutkan dan ditenteramkan beberapa ahli ahli keluarganya untuk memberi penghormatan terakhir buat anaknya, Allahyarham Muhammad Amirul Hazlin, 18 dan Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Bertam Ulu dari Hospital Melaka pada pukul 4 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu, Paya Rumput.

Solat jenazah diadakan sejurus selepas solat Asar berjemaah yang disertai keluarga terdekat, rakan serta penduduk kariah sehingga selamat dikebumikan pada pukul 5.30 petang.

Norizan menahan sebak melihat jenazah dua anaknya, Muhammad Amirul Hazlin, 18 dan Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5.
di Masjid Bertam Ulu, Bertam, Melaka petang tadi.

Kedua-dua jenazah disemadikan kira-kira 50 meter dari kubur bapa mereka, Allahyarham Hazlin Hashim yang meninggal dunia November lalu pada usia 44 tahun akibat sakit jantung.

Norizan ketika ditemui pemberita selepas itu redha dengan pemergian serentak dua daripada tiga anaknya itu meninggalkan hanya seorang anak perempuan berusia 16 tahun.

Video Berkaitan

@malaysiagazette

Ibu yang kematian dua anak serentak selepas motosikal dinaiki mangsa merempuh tong sampah pukal roro di Krubong, dekat sini semalam pitam ketika pengebumian jenazah anak sulung dan bongsunya, petang tadi. Norizan Ujak, 40, bagaimanapun kembali sedar apabila dikejutkan dan ditenteramkan beberapa ahli ahli keluarganya untuk memberi penghormatan terakhir buat anaknya, Allahyarham Muhammad Amirul Hazlin, 18 dan Nur Afiqah Sofea Hazlin, 5. Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Bertam Ulu dari Hospital Melaka pada pukul 4 petang untuk disolatkan sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Bertam Ulu, Paya Rumput. SalamTakziah Kemalangan MalaysiaGazette Video : Reza A Hamid

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

“Saya redha namun berharap pemergian dua anak ini dapat pembelaan dan tindakan sewajarnya dikenakan ke atas pihak yang meletakkan tong sampah roro di bahu jalan itu.

“Tolonglah berikan keadilan kerana akibat kecuaian orang lain, dua orang anak saya menjadi jadi mangsa dan saya tak mahu ia berulang pada orang lain pula,” katanya hiba.

MalaysiaGazette hari ini melaporkan, Muhammad Amirul dan Nur Afiqah maut selepas motosikal ditunggang ketika dalam perjalanan menziarahi pusara bapa mereka merempuh kontena sampah pukal roro yang diletakkan tanpa pengawasan di bahu jalan Lebuh SPA dekat Stadiym Hang Jebat.

Dalam kejadian kira-kira 6.15 petang itu kedua-dua mereka disahkan doktor meninggal dunia pada pukul 7.40 malam dan 12.30 pagi tadi ketika dirawat di zon merah Hospital Melaka.

Lebih memilukan, nahas menimpa anak sulung dan bongsu daripada tiga beradik itu disaksikan sendiri Norizan yang mengekori dari belakang dengan menunggang sebuah motosikal lain. – MalaysiaGazette

 

ARTIKEL BERKAITAN

‘Kecuaian kontraktor punca saya hilang dua anak serentak’ – Ibu

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here