Foto IG Zaquan Adha.

KUALA LUMPUR – Bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha berang selepas seorang pengikut media sosial mengaitkan ibunya iaitu Azizah Arshad dengan kontroversi rumah tangga melibatkan pasangan kembarnya, Aidil Zafuan.

Zaquan atau Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak, 37, turut meminta orang luar menghormati privasi keluarga mereka dan tidak perlu melibatkan ibuya dalam isu membabitkan rumah tangga Aidil sebelum ini.

“Boleh tak kau tolong hormat privasi orang. Tak tahu apa-apa jangan sibuk masuk campur. Jaga rumah tangga kau saja sudah.

“Aku memang pantang kalau libatkan mak aku. Kalau nak nasihat atau bercakap tolong pakai otak. Bodoh punya manusia,” tulis di Instastory miliknya hari ini.

Dalam perkongsian yang dibuat, bekas kapten Harimau Malaya itu turut memuat naik paparan skrin mesej yang diterima oleh seorang individu yang meminta ibunya untuk berjumpa anak-anak Aidil hasil perkahwinan dengan bekas isteri iaitu pelakon Rita Rudaini.

Kata wanita berkenaan, dia simpati melihat Rita yang sudah sekian lama memendam rasa atas kemelut rumah tangga yang dilaluinya.

Berang dengan dakwaan itu, Zaquan yang juga bekas pemain Negeri Sembilan FC musim lalu memuat naik foto individu itu dan meminta wanita tersebut menjaga keluarga sendiri dan tidak ikut campur dalam urusan orang lain.

“Kau didik anak-anak kau ini supaya tidak menyibuk hal orang. Kalau kau tak tahu cerita sebenar tak perlu sedap mulut nak cakap.

“Jangan bila kau sakit nak mati nanti ada orang cakap benda yang bukan-bukan fasal kau,” ujarnya.

Sebelum itu, Zaquan berkongsi perkembangan kesihatan yang kini sedang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) sebuah pusat perubatan swasta di Negeri Sembilan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here