Foto Instagram Rita Rudaini.

KUALA LUMPUR – Pengorbanan pelakon, Rita Rudaini menjadi ibu tunggal selama 11 tahun berbalas apabila diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Terima kasih Ikon Malaysia untuk Anugerah Ibu Ikon 2024/2025 sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

“Saya akan terus memberi inspirasi kepada wanita-wanita di luar sana. Kita semua wanita kuat. Kita semua adalah ikon,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Rita Rudaini diiktiraf sebagai penerima Anugerah Ibu Ikon sempena Anugerah Wanita Ikon Malaysia 2024/2025.

Dalam perkongsian lain, Rita sempat berpesan kepada para wanita yang mengalami nasib yang sama sepertinya untuk terus kuat mengharungi cabaran hidup demi anak-anak.

Meskipun tidak mudah melalui ujian, Rita percaya setiap wanita mempunyai kekuatan tersendiri untuk mendidik anak-anak yang dianggap hadiah manis daripada Allah.

“Tidak mudah walaupun ada di antara kita berlainan latar belakang tapi ujian dan rasa itu tetap sama. Tapi percayalah, di setiap semua itu bukanlah kesusahan.

“Tapi itulah ujian untuk yang terpilih. Dan percayalah, di sebalik ujian itu ada ‘hadiah’ manis yang Allah berikan iaitu ‘anak’. Jagalah, sayangilah dan didik lah mereka kerana Allah,” katanya.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15 dan Airit Qaqa Arjuna 13 tahun.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada September 2013. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast