JIM Johor menahan 45 warga asing selepas melakukan beberapa serbuan di beberapa premis perniagaan di Taman Daya, Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 45 warga asing selepas melakukan beberapa serbuan di beberapa premis perniagaan di Taman Daya, di sini, semalam.

Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan pada pukul 1 tengah hari itu dilakukan menerusi Ops Mahir, Ops Dandan, Ops Belanja dan Ops Selera.

Menurutnya, serbuan tersebut dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasa JIM Johor di kedai gunting dan restoran milik warga negara asing.

“Semua mereka yang ditahan adalah 22 lelaki warga Bangladesh, 15 lelaki dan lima wanita Myanmar, seorang lelaki warga India, seorang wanita Vietnam dan seorang wanita Indonesia.

“Mereka masing-masing berumur antara 19 tahun hingga 44 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, semua warga asing itu ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah termasuk Peraturan 17(b) dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana kesalahan melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Menurutnya, mereka turut disiasat bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki pas atau permit sah untuk berada di Malaysia dan Seksyen 15(1(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa.

Beliau berkata, JIM Johor akan terus Negeri Johor akan terus aktif memerangi dan membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di negeri ini.

Pihaknya tidak akan berkompromi dengan pemilik premis serta individu-individu yang membenarkan imigran haram tinggal di mana-mana premis serta melindungi PATI.

“JIM menyeru PATI yang layak untuk menyertai Program Repatriasi Migran (PRM) yang akan tamat pada 31 Disember 2024 bagi tujuan pulang ke negara asal secara sukarela,” katanya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here