Tertuduh, Sathiskumar Balakrishnan, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu lori dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghantar hantaran lucah serta mengaibkan pempengaruh, Rajeswary Appahu.

Hakim Siti Aminah Ghazali menetapkan tertuduh, Sathiskumar Balakrishna menjalani hukuman bagi kedua-dua pertuduhan itu secara serentak bermula dari tarikh ditangkap, 10 Jun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2024/07/16/pemandu-lori-mengaku-salah-hantar-hantaran-lucah-kepada-esha/

https://malaysiagazette.com/2024/07/16/pembuli-esha-alpha-quinn-mengaku-salah-didenda-rm100/

Mengikut pertuduhan pertama, Sathiskumar didakwa sengaja membuat dan memulakan hantaran bersifat lucah di aplikasi TikTok dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Perbuatan itu dilakukan menggunakan nama profil “@dulal_brothers_360” pada 10.12 malam, 30 Jun lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa telah menggunakan perkataan dengan maksud hendak mengaibkan dan mengganggu kesantunan ibu kepada Esha iaitu Puspa P Rajagopal berusia 56 tahun menerusi TikTok dengan menggunakan nama profil sama pada tarikh, masa dan tempat serupa.

Pendakwaaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Sabri Othman sementara tertuduh diwakili peguam, Muhammad Izwan Ishak.

Dalam prosiding, Mohd Sabri berkata, hukuman pemenjaraan wajar dikenakan ke atas tertuduh kerana penggunaan perkataan lucah untuk orang sembarangan di media sosial menggambarkan niat jahat.

“Dalam kes ini seorang mangsa telah ditemukan meninggal dunia selepas sahaja penghantaran komunikasi lucah dilakukan oleh tertuduh dan ini telah menarik perhatian umum,” katanya.

Sementara itu, Peguam daripada daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Muhamad Izwan Ishak meminta tertuduh diberikan peluang dan memohon hukuman penjara minimum dikenakan.

“Tertuduh mempunyai seorang isteri Orang Kurang Upaya (OKU) dengan tiga orang anak. Bekerja sebagai pemandu lori dan berpendapatan hanya RM1,200,” katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Sakit dada tengok orang masih hina Esha, ibu buat laporan polis

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here