PPS PPS Dewan Stadium Sultan Abdul Halim Suka Menanti Kota Setar, Kedah. Foto JKM

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 2,366 orang daripada 736 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 2,942 orang daripada 939 keluarga petang tadi.

Menurut laporan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa dari tiga daerah terlibat ditempatkan di 18 pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 20 PPS sebelum ini, selepas dua PPS, masing-masing satu di Kota Setar dan Kubang Pasu ditutup petang tadi

Pendang mencatatkan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 1,211 orang daripada 365 keluarga yang masih ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS), diikuti Kota Setar dengan 1,091 mangsa daripada 346 keluarga yang ditempatkan di tujuh PPS. Seterusnya, Pokok Sena menempatkan 64 mangsa daripada 25 keluarga di satu PPS.

Sementara itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), hanya dua sungai iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Anak Bukit di Taman Aman, Kota Setar berada pada paras amaran. – BERNAMA

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here