Tun Musa Hitam
Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam (WIEF), Tun Musa Hitam menyampaikan ucapan pada Perasmian AKEPT-WIEF Forum Perusahaan Sosial 2018 di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) ISTAC, Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 OKTOBER 2018

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dilantik sebagai Menteri Darjah (Chancellor) yang baharu bagi Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan berkata, pelantikan tersebut mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Pelantikan ini selari dengan keperluan yang dinyatakan di dalam Statut Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia bagi memastikan urusan menandatangani watikah-watikah kurniaan Darjah Yang Mulia Setia Mahkota di bawah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan berjalan lancar,” kata PMO dalam satu kenyataan, hari ini.

Pelantikan negarawan itu adalah untuk tempoh tiga tahun mulai 13 September 2024 hingga 12 September 2027.

Musa adalah Timbalan Perdana Menteri kelima dari 1981 hingga 1986.

Darjah Yang Mulia Setia Mahkota Malaysia merupakan darjah keempat antara sepuluh darjah Anugerah Diraja Malaysia. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here