KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin telah menghantar sejambak bunga bersempena ulang tahun kelahiran isterinya, Nur Fazura yang ke-40 tahun hari ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nur Fazura, dia telah menerima hadiah tersebut beserta sebuah kad ucapan romantik daripada suaminya.

“Selamat hari lahir mommy, daddy doakan di hari kelahiran mommy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” doa Fattah, 33, buat Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin

Rabu lalu, Fattah enggan untuk menceraikan isterinya ketika sebutan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling walaupun nekad dengan keputusan itu.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 7 Oktober depan untuk perbicaraan dalam mencari jalan penyelesaian.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here