Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membawa PATI ke depot tahanan untuk tindakan selanjutnya dalam Ops Kutip ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2024.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur menahan 17 pendatang asing tanpa Izin (PATI) dipercayai menjalankan aktiviti menjaja di sekitar Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor, di ibu negara menerusi Ops Kutip, malam tadi.

Pengarah JIM KL, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, kesemua yang ditahan berusia 20 hingga 30 tahun dipercayai melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63.

“Daripada jumlah tangkapan yang dibuat, seramai lapan lelaki warga Bangladesh, warga Nepal (2 lelaki), warga Pakistan (4 lelaki), warga Vietnam (1 lelaki), warga Indonesia (1 wanita) dan warga Filipina (1 wanita).

“Mereka ditangkap kerana menjalankan aktiviti perniagaan iaitu membuat menjaja di sekitar kawasan tersebut dengan menjual bunga serta mainan  kepada pengunjung dan saya pernah nyatakan sebelum ini, warga asing adalah tidak dibenarkan menjalankan aktiviti menjaja di negara ini.

“Kebanyakkan mereka yang ditahan memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) malah mereka sudah tidak bekerja dengan majikan yang didaftarkan dan mengikut peratuan mereka perlu pulang ke negara asal namun desakan kewangan mereka tinggal di sini,” katanya pada pemberita.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff bercakap pada media berkenaan Warga asing yang ditahan di sebuah pusat beli belah ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur di Viva Shopping Mall, Kuala Lumpur. Foto AIZAT ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2024.

Tambah beliau lagi, kesemua warga asing yang ditahan akan dibawa ke depoh Imigresen Bukit Jalil bagi siasatan lanjut mengikut di bawah Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Saya ingin menegaskan kepada semua warga tempatan dan warga asing jangan menggaji atau melindungai PATI dan kita akan mengambil tindakan tidak kira PATI, majikan atau mana-mana pihak melindungi PATI.

“Ini juga disebabkan kita telah terima banyak aduan berkaitan ketidakselesaan warga di Kuala Lumpur dengan kebanjiran PATI ini dan operasi ini akan dilaksanakn secara berterusan bagi membanteras warga PATI,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here