Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang mengadakan Operasi Tembak Gagak hari ini menumpukan 26 lokasi hotspot yang menjadi tempat buruk gagak bersarang dan membiak.

Operasi itu berlangsung dari jam 7.30 pagi tadi hingga 7.30 petang ini.

“Operasi bermula pada awal pagi ini membabitkan seramai 30 penembak bertujuan mengurangkan populasi burung gagak yang menimbulkan kacau ganggu
di kawasan pentadbiran MBPJ, sekaligus meningkatkan tahap kebersihan di bandar raya ini.

“Tabiat burung gagak yang menyelongkar tong sampah telah menyebabkan pencemaran dan menimbulkan rungutan kepada orang ramai. Justeru, operasi ini
merupakan inisiatif Majlis untuk mengurangkan aduan awam dan risiko kesihatan berkaitan aduan kacau ganggu burung gagak di kawasan pentadbiran MBPJ,” katanya.

Mengikut rekod pada tahun 2020 hingga 3 Julai 2024 sebanyak 174 aduan berkaitan kacau ganggu burung gagak telah diterima oleh MBPJ.

Pada tahun 2020 dan 2021 (49 aduan), tahun 2022 ( 48 aduan) dan tahun 2023 hingga Julai 2024 sebanyak 15 aduan direkodkan.

MBPJ berkata, empat daripada keseluruhan lokasi hotspot iu merupakan lokasi tumpuan aduan gagak berulang iaitu di sekitar Seksyen 14, sekitar Kawasan Komersial SS 2, sekitar PJS dan sekitar Kawasan KomersialSS 23.

Kesemua kawasan ini telah mendapat kelulusan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, mengikut nasihat anggota penguatkuasa MBPJ dan menjaga jarak selamat di kawasan yang
terlibat semasa operasi dijalankan. – MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here