Temubual Skop MG bersama Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh dan Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi di Pejabat Malaysia Gazette,Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 17 JULAI 2024.

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhammad Akmal Salleh akan memberi keterangan di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Jasin jam 10 pagi esok ekoran laporan polis yang dibuat DAP Sarawak berhubung kenyataan berbaur keagamaan sebelum ini.

Menurut sumber, Dr Akmal menerima panggilan daripada pihak polis semalam berkenaan perkara itu.

“Dr Akmal akan hadir, beliau sudah bersedia dan tidak gentar dengan segala apa yang berlaku,” katanya ringkas kepada MalaysiaGazette.

Pada 12 September lalu, pembantu khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen iaitu Soo Tien Ren membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat kenyataan dibuat Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merlimau itu yang didakwa berbaur hasutan.

Jelasnya, laporan tersebut mengambil kira kenyataan Akmal yang boleh menyebabkan perpecahan antara kaum di Malaysia termasuk di Sarawak.

Laporan polis itu juga memetik hantaran Akmal di laman Facebook yang meminta DAP memberi tunjuk ajar kepada pemimpin mereka, Naib Presiden DAP, Teresa Kok untuk beradab kerana kenyataan Ahli Parlimen Seputeh itu telah mengundang kencaman berhubung isu sijil halal.

Pada April lalu, Akmal memberi keterangan berhubung Akta Hasutan berkaitan ceramahnya yang diadakan di Kelantan. -MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here