Calon Barisan Nasional, Syed Hussien Syed Abdullah bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan pimpinan kerajaan perpaduan bergambar selepas diumum sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 Mahkota di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang. Foto SADIQ SANI, 28 SEPTEMBER 2024

KLUANG Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.29 Mahkota dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Syed Hussien memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Kemenangan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pukul 9.10 malam. – MalaysiaGazette

1 Komen

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here