Anggota kecemasan Israel tiba di lokasi serangan roket, yang dilepaskan dari Lubnan, di bandar Safed di utara Israel, berhampiran sempadan dengan Lubnan, pada 25 September 2024. Foto AFP

TEHRAN – Hezbollah telah menyasarkan wilayah yang diduduki Israel dengan membedil 75 peluru berpandu.

Menurut media Yamen, Al-Masirah, 75 roket telah dilepaskan dari Lubnan ke arah Palestin yang diduduki sejak malam Jumaat, lapornya yang memetik media Israel.

Hezbollah menyasarkan Safed yang diduduki dalam serangan peluru berpandu besar-besaran.

Tentera Israel juga mengakui peluru berpandu Hezbollah telah sampai ke Safed tetapi penggera berbunyi di penempatan timur Jaffa.

Serangan peluru berpandu ini dilakukan sebagai tindak balas terhadap serangan tentera zionis ke atas pelbagai kawasan Lubnan, termasuk Dahieh di selatan Beirut dan Baqaa di timur Lubnan.

Zionis mengebom Dahieh lebih 30 kali malam tadi.

Tentera Israel juga mengumumkan peluru berpandu balistik permukaan ke permukaan ditembak dari Lubnan ke tengah wilayah yang diduduki pada pagi Sabtu.

Tentera Israel mendakwa peluru berpandu itu mendarat di kawasan lapang dan tiada sesiapa yang cedera.

Menurut sumber zionis, peluru berpandu ini terkena Tel Aviv menyebabkan sekurang-kurangnya 5 letupan kedengaran berhampiran Haifa. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast