Calon Barisan Nasional, Syed Hussein Syed Abdullah beramah mesra bersama pengundi selepas membuang undi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.29 Mahkota di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perdana, Kluang. Foto SADIQ SANI, 27 SEPTEMBER 2024

KUALA LUMPUR – Kemenangan Syed Hussien Syed Abdullah dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota akan melengkapkan Kerajaan Maju Johor yang didukung oleh barisan orang muda berprestasi.

Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, Syed Hussien simbol kesungguhan UMNO memenuhi apa yang rakyat mahu bagi seorang pemimpin iaitu . energetik dan berwawasan.

“Hari ini rakyat Mahkota akan memilih antara biru asli dengan biru palsu. Kita yakin rakyat tahu mana satu biru ori. Syed Hussien memancar wajah biru asli. Dia adalah permata,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Berbanding Perikatan Nasional (PN) yang didakwa mendukung kepalsuan, termasuk cuba mendirikan kerajaan bilangan palsu.

Jadi, katanya, pengundi DUN Mahkota perlu pilih Syed Hussien.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah, 40, menentang calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar, 61, dengan kedua-duanya merupakan pengundi pada PRK itu.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu, akibat pendarahan dalaman.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022, Allahyarham Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan majoriti 5,166 undi.

Beliau menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Taqiuddin Cheman daripada Parti Amanah Negara (Amanah) yang memperoleh 11,445 undi; calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Nor Lingan (7,614 undi) dan calon Warisan, Mohamed Noor Suleiman (555 undi). – MalaysiaGazette

 

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here