Azmin bercakap kepada pihak media selepas ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Mesjid Lama, Kampung Melayu, Kluang, malam tadi.

KLUANG – Pihak bertanggungjawab perlu mengenal pasti faktor yang menyebabkan peratusan keluar mengundi rendah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini.

Pengarah PRK DUN Mahkota bagi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ini kerana peratusan keluar undi pada hari ini adalah paling rendah iaitu iaitu 54 peratus sahaja.

“Peratusan undi yang rendah ini menuntut semua pihak melihat secara serius dan ambil langkah pastikan penyertaan rakyat Malaysia dalam pilihan raya dapat ditingkatkan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Jalan Dahlia, Kampung Melayu, di sini, malam ini.

Hadir sama Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah mempertahankan kerusi DUN N.29 Mahkota dalam keputusan PRK yang diumumkan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pukul 9.10 malam ini.

Syed Hussien memperoleh 27,995 undi menewaskan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar yang mendapat 7,347 undi.

Seramai 35,343 pengundi menunaikan tanggungjawab untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota pada kali ini.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota adalah sebanyak 53.84 peratus.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, sokongan kepada PN dalam PRK DUN Mahkota  tidak berubah jika dibandingkan dengan keputusan pilihan raya negeri (PRN) pada 2022.

“Kita juga ingin berkongsi sokongan kepada PN cukup baik dan nampaknya sokongan juga tidak berubah atau menurun bernanding pada PRN lalu.

“Pada PRN lalu peratusan keluar mengundi sebanyak 58 peratus dan kita meraih 7, 614 undi.

“Pada hari ini peratusan kuar undi terus menurun kepada 54 peratus namun sokongan kepada PN tetap berada sekitar 7,332 undi,” ujarnya.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here