Syed Hussien bersama barisan kepimpinan BN dan Pakatan Harapan (PH) selepas diumumkan menang PRK DUN Mahkota di Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang, malam ini

KLUANG – Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah menang bergaya apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini.

Syed Hussien memperoleh majoriti undi 20,648 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar.

Calon BN tersebut memperoleh keseluruhan 27,995 undi manakala calon PN mendapat 7,347 undi.

Kemenangan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Azurawati Wahid di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini pada pukul 9.10 malam.

Seramai 35,343 pengundi menunaikan tanggungjawab untuk memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mahkota.

Menerusi PRK DUN Mahkota, sebanyak 339 kertas undi ditolak manakala kertas undi yang tidak dikembalikan berjumlah 24.

Peratusan keluar mengundi pada PRK DUN Mahkota sebanyak 53.84 peratus.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.- MalaysiaGazette

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here